[tomobi](2/3) Motivasi - Teknik Belajar dan Motivasi Osman Affan - Petua Pandai Bahasa Inggeri

k tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan di dalam buku khas ini tadi. TulisPerkataan ituMaksudnya (menggunakan bahasa inggeris atau bahasa Melayu)Contoh dalam ayat. (Salin satu contoh ayat. Tidak adagunanya tahu maksud sesuatu perkataan tetapi tidak tahu bagaimana cara menggunakannya.)Langkah ketiga itu penting. Anda perlu tahu bagaimana ia digunakan dalam ayat. Contohnya, katakan anda orang asing yang sedang belajar bahasa Melayu. Kemudian anda terjumpa perkataan 'cekik darah' dan anda tahu maksudnya iaitu mengenakan harga yang terlau tinggi hingga menganiayai orang lain.Jadi anda buat ayat begini, "Ali cekik darah orang kampung kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula". Adakah betul ayat itu? Tidak bukan? Ayat yang sepatutnya,"Ali dikatakan cekik darah kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula.Praktikkan teknik ini. Jika ia sukar, fikir kembali, anda mahu menguasai bahasa ini atau tidak?
Petua 2.2Semalam saya ada ceritakan bagaimana anda boleh kuasai bahasa Inggeris dengan mempunyai satu buku khas perbendaharaan kata. Bolehkah anda lakukannya? Untuk menjayakan usaha memiliki buku khas perbendaharaan kata itu, anda perlu baca tips seterusnya ini. Tips ini berbunyi, anda perlu'jatuh cinta dengan KAMUS'.Mengapa jatuh cinta? Kamus adalah penghubung utama antara anda dengan bahasa Inggeris. Bagi saya, jika anda sedang belajar bahasa Inggeris, tanpa kamus, ia seolah-olah anda sedang belajar menunggang basikal tanpa menggunakan basikal.Pelik bunyinya kan? Tanpa kamus, anda mungkin boleh kuasai bahasa inggeris tetapi ia pasti sukar dan memakan masa yang agak lama.Menurut pemerhatian saya semasa saya mengajar subjek Sains, Matematik atau Bahasa Inggeris untuk pelajar di peringkat PMR, lebih separuh pelajar saya tidak memiliki kamus. Alasan biasa yang diberikan ialah mereka tidak ada duit untuk membeli kamus. Simpati juga kita dengar bukan?Tetapi yang pel
iknya mereka ini semua masing-masing ada handphone dan selalu menghantar sms setiap masa. Saya tanya mereka berapa banyak prepaid handphone sebulan, ada yang kata RM10, 20 dan ada yang mencecah RM50. Terkejut bercampur geram juga saya jadinya kerana sebuah kamus ringkas boleh didapati dengan harga lebih kurang RM11 sahaja.Mulai hari ini, jika anda belum ada kamus, cari jalan untuk memilikinya. Jika anda sudah milikinya, cari jalan untuk selalu gunakannya, bukan dijadikan perhiasan untuk mengumpul habuk di dalam bilik anda.Satu tips lagi, pelajari cara menggunakan kamus dengan cepat.Belajar bagaimana cara mencari sesuatu perkataan dengan cepat. Contohnya jika anda cari maksud perkataan 'Break', cuba lihat berapa lama anda ambil masa untuk mencarinya. Bolehkah anda mencarinya dalam masa kurang 5 saat? Anda pasti boleh jika anda cuba.Cari sebuah kamus sekarang. Buka satu halaman. Jika anda lihat dibahagian atas sebelah kanan (seperti nombor (1) dalam rajah) anda a
kan lihat 2 perkataan. Contohnya, jika saya lihat kamus saya muka surat 98 (Kamus ini saya beli pada 21 Januari 1990, tingkatan 2), tertulis perkataan'bout/box'. Untuk pengetahuan anda, perkataan 'bout' adalah perkataan pertama yang anda akan jumpa di muka surat tersebut dan perkataan 'box' adalah perkataan terakhir. Betul kan? Sama juga pada muka surat kanan (seperti rajah 2), anda akan lihat perkara sama.Jadi, jika anda mencari perkataan 'Break' dan terbuka pada muka surat 'bout/box, adakahanda perlu buka muka surat seterusnya atau muka surat sebelumnya? Cara fikirnya begini, perkataan break bermula denganBR, tetapi muka surat ituBO, O dan R, yang mana datang dahulu dalam senarai ABCDEFG……..?(hehe, anda kena nyanyikan semula lagu ABC yang anda hafal masa tadika?). Tentulah O dahulu kan? Jadi, anda perlu buka muka surat seterusnya, bukan ke belakang.Jika anda tidak tahu teknik mudah ini, anda akan tercari-cari perkataan itu diseluruh kamus an
da. Anda juga mungkin memakan masa lebih lama kerana anda perlu buka muka surat kamus anda satu persatu. Selamat mencuba
Petua 3Petua ketiga ialah anda perlu kuasai 'English Grammar' sedikit demi sedikit. Satu perkara yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi tunggang langgang.Bayang kalau ada seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan berkata "Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam nak pergi Kuala Lumpur dari?" Tentu anda akan tersenyum bukan? Kalau tidak tersenyum pun, muka anda akan berkerut kerana cuba memikirkan apa yang pelancong ini cuba katakan.Saya faham, jika anda belum kuasai bahasa Inggeris, anda akan katakan grammar adalah sangat sukar. Sudah bertahun-tahun anda cuba pelajarinya tapi masih gagal.Namun, anda kena ingat, selama ini anda rasa susah mungkin kerana anda belum pelajari petua nombor satu. Setelah anda pelajari petua satu dan dua, mungkin anda akan rasa grammar tidak begitu susah seperti yang anda fikirkan selama ini.
Ini satu cadangan anda bagaimana anda boleh kuasai grammar dengan lebih cepat dan lebih yakin. Mula-mula, cari buku grammar pelajar tahun 2 dan tahun 3 (sekolah rendah). Jika anda lihat buku grammar mereka, apa yang diajar adalah sangat asas dan mudah difahami. Jadi, belajar grammar dan kuasai grammar anda melalui buku-buku ini dahulu. Ada tiga kesan baik jika anda lakukan ini.Pertama, apabila anda buka buku pelajar tahun 2 dan 3, anda akan fikir, "alah, buku budak sekolah rendah, takkanlah aku tak tahu." Bila anda terfikir begini, anda akan rasa lebih yakin dan apabila anda lebih yakin, lebih mudah anda belajar.Kedua, anda akan benar-benar lihat bahawa apa yang diajar dalam buku itu semua sanat mudah difahami kerana ia ditulis untuk pelajar sekolah rendah. Ia tidak menggunakan contoh-contoh ayat yang susah. Jadi, anda akan dapat kuasai asas grammar ini dengan contoh-contoh yang mudah.Akhir sekali, anda tidak perlu rasa malu apabila perlu belajar asas semula. A
pabila ada sesiapa melihat anda membaca buku pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3, kata sahaja kepada mereka, "Oh…saya tengah baca ni untuk ajar adik /anak saudara/adik sepupu/ anak jiran saya…." sambil menunjukkan muka 'confident'.Selamat mencuba.
Petua 4Petua yang keempat untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah 'Berfikir dalam Bahasa Inggeris'. Apakah maksudnya?Begini. Apabila anda sedang fikirkan sesuatu, anda selalunya berfikir dalam bahasa Ibunda anda sendiri iaitu bahasa Malaysia bagi kita orang Malaysia. Namun, jika anda sedang belajar Bahasa Inggeris dan mahu cepat pandai, anda perlu mula belajar berfikir dalam bahasa ini.Contohnya, apabila anda melihat sekeping gambar seorang budak lelaki sedang menangis, apakah yang akan anda fikirkan? Anda mungkin terfikir, "kenapa budak ni menangis?", "Siapa buat budak ni menangis?", "Budak ni sakit ke?" dan bermacam-macam lagi yang boleh anda fikirkan dalam bahasa Ibunda anda.Namun, apabila anda mahu cepat pandai Bahasa Inggeris, fikir dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, "Why is this boy crying?", What is happening here?", Where is his parents?", "what is he doing here?" dan bermacam-macam lagi.Anda mungkin kata, "Macam mana nak buat,
saya tak tahu Bahasa Inggeris, macam mana nak fikir dalam Bahasa Inggeris?". Ya, anda mungkin belum fasih lagi bahasa ini dan apabila anda cuba fikir, mungkin ayat anda tidak betul.Anda tidak perlu risau. Apa yang bagusnya ialah, jika ayat anda salah semasa anda berfikir, tidak ada sesiapa yang tahu dan tidak ada sesiapa yang akan ketawakan anda. Jadi anda boleh berlakon seolah-olah anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar.Apabila anda mula berfikir begini, anda jugaakan mula peka kepada bagaimana cara melafazkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris.  Katakan suatu hari, anda sedang berdiri di dalam bas bersama kawan anda dan kawan anda menyuruh anda duduk kerana ada kerusi kosong.Anda mahu katakan "Saya tidak terasa pun hendak duduk, awak je lah duduk." Tetapi anda tidak tahu bagaimana cara menyebutnya. Anda cuba fikirkan ayatnya tetapi masih tidak dapat bagaimana cara menyebutnya.Kemudian, apabila anda sedang menonton cerita dalam bahasa Inggeris
, ada situasi yang sama seperti di dalam bas tadi. Anda lihat, watak dalam cerita itu berkata "I don't feel like sitting, why don't you sit.". Oleh kerana anda sudah berfikir dalam Bahasa Inggeris tadi, anda akan sedar akan ayat ini dan anda pun boleh menggunakannya.Anda perlu, salah satu sebab mengapa seseorang sukar menguasai Bahasa Inggeris ialah dia asyik berfikir dalam bahasa Ibundanya. Dia asyik berfikir dalam bahasa Ibunda dan cuba menukarkannya kepada Bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar.Jadi mulai hari ini, cuba berfikir dalam Bahasa Inggeris. Jangan risau jika ayat itu salah. Ayat yang salah itu akan betul juga nanti. Selamat mencuba.
Petua 5Petua kelima untuk pandai Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya ialah anda perlu mulamenulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggerissetiap hari.Hmm… jika anda seorang lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati dengan petua ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan ole
---
tomobi
http://www.osmanaffan.com/petua-pandai-bahasa-inggeris.htm
http://www.google.com/gwt/n?u=http%3A%2F%2Fwww.osmanaffan.com%2Fpetua-pandai-bahasa-inggeris.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.