Kita sudah menghampiri penghujung Januari walaupun rasanya seperti
baru sahaja kita melangkah masuk tahun 2013.Alhamdulillah untuk Intake
Januari ramai yang mempunyai azam baru meningkatkan penguasaaan bahasa
Inggeris mereka dalam tahun 2013 ini.
Sekali lagi saya ingin memberi tips dan petua kepada anda semua
untuk membantu anda menjadi lebih fasih dan lebih mahir dalam berbahasa
Inggeris anda dalam tahun 2013 ini.
1. Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris.
Saya selalu memberitahu pelajar-pelajar saya jika mereka ingin mahir
dalam bahasa Inggeris,aspek membaca antara aspek paling pentig dan
kritikal.Dengan membaca setiap hari, anda akan dapat menyerap
struktur-struktur ayat bahasa Inggeris yang betul,menyerap ejana-ejaan
bahasa Inggeris yang betul,gaya penulisan yang menarik dan mudah dan
juga melihat bagaimana aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang betul
digunakan dalam ayat-ayat bahasa Inggeris. Apa yang anda boleh baca
bergantung kepada minat anda dan ianya boleh jadi akhbar,majalah,buku
cerita dan sebagainya.
2. Banyakkan mendengar dalam bahasa Inggeris.
Belajar bahasa Inggeris tidak semestinya perlu formal dan serius. Sambil
anda mendengar lagu-lagu bahasa Inggeris, anda boleh mendengar
sebutan-sebutan bahasa Inggeris yang betul, pembentukan ayat yang betul
dan juga tatabahasa yang betul dalam lirik-lirik lagu yang anda dengar
itu. Bagaimanapun anda perlu berhati2 bukan semua lagu-lagu bahasa
Inggeris itu betul tatabahasa bahasa Inggeris mereka terutama lagu-lagu
baru genre rap,hip hop dan sebagainya.Anda lebih digalakkan mendengar
lagu-lagu lama era 60an ke 90an kerana biasanya tatabahasa bahasa
Inggeris lagu-lagu dari era ini betul dan tepat.
3. Banyakkan merujuk kepada kamus anda. Ini memang
agak renyah atau melecehkan kepada kita tetapi ganjaran kepada mereka
yang sanggup dan rajin merujuk kepada kamus adalah amat-amat besar. Saya
sendiri banyak mengajar pelajar-pelajar saya teknik menggunakan kamus
untuk mengetahui sebutan-sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris
yang betul, jenis-jenis sesuatu perkataan itu, pasangan kepada sesuatu
perkataan itu seperti bila kita menggunakan perkataan afraid ianya akan
dipasangkan dengan of. Dengan merujuk kepada kamus anda akan lebih pasti
penggunaan sesuatu perkataan itu dan dengan itu ianya juga akan
membantu anda menjadi lebih yakin untuk berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris.
Ingat 3 tips utama ini dan saya akan ceritakan lagi tips dan petua
yang boleh membantu anda menjadi lebih mahir dalam berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris nanti.
belajar bahasa inggeris seremban belajar bahasa inggeris nak belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa inggeris cara mudah belajar bahasa inggeris cara belajar bahasa inggeris kursus bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah grammar bahasa inggeris teknik belajar bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa english belajar bahasa inggeris cara mudah tips belajar bahasa inggeris cara-cara belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa arab panduan mudah saya saya kelas bahasa inggeris Panchor Seremban Negeri Sembilan, belajar bahasa inggeris kelas bahasa inggeris kursus bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah kelas bahasa english kursus bahasa inggeris di Panchor Seremban Negeri Sembilan,OUM,PTPTL,Kolej Negeri,cosmopoint, taman putra perdana, puchong, cyberjaya, putrajaya, lim kok wing, universiti multimedia, MMU, bandar puteri, saujana putra,