Cara Mengubah Kata Sifat (Adjectives) Menjadi Kata Keterangan (Adverbs)

Kata keterangan bahasa Inggeris atau adverbs boleh dibentuk melalui kata sifat atau adjectives. Perubahan ini walau mudah namun banyak tidak kita ketahui. Kita terkadang terlalu sibuk untuk mengetahui erti dari setiap adverb dan erti dari setiap adjective tanpa mempelajari sistem dasar yang ada di dalamnya. 

Padahal, mempelajari sistem adalah perkara yang penting dalam grammar.

Di bawah ini, ada berbagai jenis perubahan dari kata sifat ke kata keterangan yang ada di dalam bahasa Inggeris. Semoga apa yang saya berikan berikut boleh memberikan manfaat serta motivasi kepada anda.
Image source : theskoolrocks.com
1) Untuk banyak ayat, anda akan bertemu dengan adverb yang dibentuk dari adjective + ly. Untuk contoh lebih lengkap, rujuk dibawah.

Adjectives Adverbs Meaning
anxious anxiously dengan cemas
brave bravely dengan berani
creative vreatively dengan kreatif
calm calmly dengan tenang
clear clearly dengan jelas

2) Ayat yang lebih spesifik adalah apabila Anda menemui adjective dengan akhiran “y”. Untuk mengubahnya menjadi adverb, maka ganti huruf “y” tersebut dengan “I” kemudian tambahkan “ly”. Contoh berikut boleh membantu Anda.

Adjectives Adverbs Meaning
angry angrily dengan marah
busy busily dengan sibuk
easy easily dengan mudah
happy happily dengan gembira
healthy healthily dengan sihat

3) Di tahap selanjutnya anda akan menemui adjectives dengan akhiran “le”. Jika adjectives berakhiran dengan “le” maka ubah “e” menjadi “y”. Lihat contoh berikut ini.

Adjectives Adverbs Meaning
horrible horribly dengan dahsyat
responsible responsibly dengan tanggungjawab
sole solely hanya, semata-mata
simple simply dengan sederhana
Understandable Understandably dapat dimengerti

4) Jika Anda menemui adjective yang diakhiri dengan “ic” maka tambahkan “ally” untuk mengubahnya menjadi adverb. Contoh berikut bisa membantu Anda.

Adjectives Adverbs Meaning 
artistic artistically secara artistik
automatic automatically secara automatik
basic basically pada dasarnya
scientific scientifically secara ilmiah
drastic drastically secara drastik


5) Adjective lain tidaklah berubah bentuk. Anda akan mendapatkan kata yang sama antara adjective dengan adverbs. Lihat contoh berikut.

Adjectives Adverbs Meaning
good good baik
fast fast cepat
hard hard keras
daily daily setiap hari
high high tinggi

Semoga ilmu di atas memberikan manfaat kepada Anda.




Ingin menerima tips-tips berkaitan Belajar Bahasa Inggeris terus ke emel anda?
....Taip Emel dalam kotak dibawah & Klik Langgan:


Delivered by FeedBurner
belajar bahasa inggeris seremban belajar bahasa inggeris nak belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa inggeris cara mudah belajar bahasa inggeris cara belajar bahasa inggeris kursus bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah grammar bahasa inggeris teknik belajar bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa english belajar bahasa inggeris cara mudah tips belajar bahasa inggeris cara-cara belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa arab panduan mudah saya saya kelas bahasa inggeris Panchor Seremban Negeri Sembilan, belajar bahasa inggeris kelas bahasa inggeris kursus bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah kelas bahasa english kursus bahasa inggeris di Panchor Seremban Negeri Sembilan,OUM,PTPTL,Kolej Negeri,cosmopoint, taman putra perdana, puchong, cyberjaya, putrajaya, lim kok wing, universiti multimedia, MMU, bandar puteri, saujana putra,

KLIK ICON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH DAN SHARE INFO DI LAMAN INI BERSAMA  KENALAN ANDA.... Berkongsi Amalan Mulia !