HASRAT kerajaan menjadikan subjek Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran wajib lulus bermula 2016 mendapat reaksi pelbagai pihak.
Perkara ini tentu juga menarik perhatian warga pendidik, para pelajar
dan tentu sahaja ibu bapa.
Bagi yang menerima dengan cara positif, maka positif lah pandangannya.
Namun ada juga yang memperlekehkan tahap kemampuan pelajar di negara ini
dan mutu pendidikan negara bagi mencapai misi itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini boleh dicapai.
Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, pada masa ini pun,
jumlah peratusan pelajar yang lulus mata pelajaran berkenaan dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kira-kira 60 peratus.
Katanya, Kementerian Pendidikan sudah merangka dan memulakan pelbagai
program bagi tujuan meningkatkan tahap penguasaan para pelajar serta
guru bagi mata pelajaran tersebut.
“Dalam tempoh tiga tahun sebelum syarat itu dilaksanakan memberi
peluang kepada pelajar dan warga pendidik untuk meningkatkan tahap
penguasaan.
Menurut pihak pembangkang, kerajaan perlu terlebih dahulu mempersiapkan
prasarana yang mencukupi dan tidak ada mana-mana sekolah keciciran jika
mahu subjek Bahasa Inggeris menjadi subjek wajib lulus.
"Wajibkan belajar saya setuju, tingkatkan mutu penguasaan bahasa
Inggeris saya setuju, wajib lulus dalam keadaan belum menentu, mutu
guru, kemudahan belajar, kemudahan perpustakaan di sekolah-sekolah desa
luar bandar termasuk sekolah aliran Cina dan Tamil - itu harus diteliti
dahulu.
Persoalannya, dengan masa yang masih berbaki tiga tahun ini, mampukah
hasrat memperkasakan Bahasa Inggeris di negara ini menjadi kenyataan?
Apakah mekanisme yang boleh dicadangkan bagi menambahbaik mutu
pendidikan anak bangsa kita? Paling penting, ia bukan cakap-cakap kosong
dan tidak berakhir dengan 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja.
belajar bahasa inggeris seremban belajar bahasa inggeris nak belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa inggeris cara mudah belajar bahasa inggeris cara belajar bahasa inggeris kursus bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah grammar bahasa inggeris teknik belajar bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa english belajar bahasa inggeris cara mudah tips belajar bahasa inggeris cara-cara belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa arab panduan mudah saya saya kelas bahasa inggeris Panchor Seremban Negeri Sembilan, belajar bahasa inggeris kelas bahasa inggeris kursus bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah kelas bahasa english kursus bahasa inggeris di Panchor Seremban Negeri Sembilan,OUM,PTPTL,Kolej Negeri,cosmopoint, taman putra perdana, puchong, cyberjaya, putrajaya, lim kok wing, universiti multimedia, MMU, bandar puteri, saujana putra,