Semakin hari semakin banyak Universiti
yang muncul. Semakin banyak Intitusi Pengajian Tinggi yang wujud. Sudah
pasti persaingan para lepasan graduan untuk mencari pekerjaan lebih
hebat. Memang lebih mencabar lagi untuk adik-adik lepasan Universiti.
Semakin hari semakin ramai pelajar-pelajar yang pandai. Semuanya sudah
sedar akan betapa pentingnya segulung Ijazah. Betapa pentingnya menimba
ilmu di Universiti.
Bila sudah banyak graduan yang lahir
dari Universiti, sudah pasti persaingan antara mereka semakin sengit
terutamanya dalam soal mencari kerja. Semakin hari semakin ketat
syarat-syarat yang di tetapkan untuk mengisi jawatan kosong yang ada di
sektor swasta. Begitu juga dengan bekerja di sektor kerajaan. Kemajuan
negara yang semakin pesat membangun memberikan impak untuk lepasan
graduan Universiti bersaing untuk menempatkan diri di syarikat swasta
terutamanya.
Aku lebih selesa berbicara untuk
syarikat swasta. Kerana aku bekerja di syarikat swasta. Ini yang
menyebabkan aku terfikir bagaimana untuk membantu adik-adik lepasan
Universiti mempersiapkan diri untuk bersaing di alam pekerjaan. Apa yang
aku perhatikan, ramai anak-anak melayu yang gagal mendapatkan pekerjaan
di sektor swasta selepas sahaja selesai menamatkan pengajian di
Universiti. Mengapa? Apa sebab-sebab yang menyebabkan mereka gagal untuk
bersaing untuk mendapatkan kerja di sektor swasta.?
Banyak sebab yang memungkinkan mereka
gagal bersaing. Aku hanya mahu berkongsi satu sebab sahaja hari ini.
Insyallah aku akan berbicara mengenai sebab yang lain di entri yang akan
datang. Cuma hari ini aku mahu kongsikan antara sebab utama mengapa
anak-anak melayu sukar mendapatkan pekerjaan sedangkan mereka mempunyai
keputusan yang cemerlang di Universiti.
Satu sebab yang aku rasakan paling utama adalah, Kegagalan menguasai Bahasa Inggeris menjadi
penyumbang utama kepada anak-anak melayu. Maaf jika aku berbicara
sebegini. Tetapi ia sememangnya menjadi antara punca lepasan graduan
melayu mendapatkan pekerjaan di sektor Swasta.
Bahasa Inggeris sememangnya penting
dalam mengharungi alam pekerjaan yang lebih Global ketika ini.
Kebanyakkan syarikat memilih untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
dalam persekitaran kerja mereka. Tidak kira Melayu, Cina atau India,
semua berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sebab inilah satu-satunya
bahasa yang boleh di fahami oleh semua orang. Lebih hebat lagi jika
bekerja di Syarikat MNC (Multi National Company). Semestinya Bahasa
Inggeris menjadi bahasa pengantaraan untuk semua pekerja mereka.
Jadi, langkah pertama untuk bekerja di
Syarikat Swasta adalah menguasai Bahasa Inggeris. Bermula dari
penyediaan resume, memohon pekerjaan, temuduga dan seterusnya bekerja,
semuanya menggunakan Bahasa Inggeris. Suka atau tidak, setiap graduan
lepasan Universiti mestilah mampu untuk berkomunikasi dan bekerja dalam
suasana Bahasa Inggeris. Ini amat penting.
Bermula dari temuduga lagi, setiap
borang permohonan kerja mestilah di isi dengan Bahasa Inggeris.
Lebih-lebih lagi untuk jawatan Eksekutif. Bagaimana anda mahu menarik
perhatian si penemuduga jika awal-awal lagi anda terkial-kial untuk
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris? Jika anda gagal berkomunikasi atau
menjawab segala soalan dalam Bahasa Inggeris, ternyata anda sudah pun
tewas dalam soal komunikasi. Belum lagi di tanyakan soalan-soalan yang
lain.
Memang ada yang berkata, aku tak tau
Bahasa Inggeris pun boleh pegi jauh. Memang betul. Tetapi jawatan apa
yang anda mahukan yang 100% tidak memerlukan Bahasa Inggeris? Jika
bekerja sebagai Boss pun, anda perlu tahu berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris dengan pelanggan anda. Tak kan semua pelanggan anda orang
melayu atau orang yang faham Bahasa melayu 100%. Ini realitinya di dunia
pekerjaan. Terutamanya bila anda memegang jawatan Eksekutif. Anda
adalah lepasan Universiti. Tak kan anda begitu selesa dengan jawatan
yang bukan Eksekutif. Sampai bila?
Mengapa anak-anak melayu gagal menguasai
Bahasa Inggeris? Sebabnya, mereka semua duduk, bergaul atau selesa
dengan persekitaran yang tidak ada Bahasa Inggeris. Mereka sering ketawa
sinis bila ada rakan-rakan lain yang cuba bercakap Bahasa Inggeris.
Sebab mereka rasa Bahasa Inggeris itu susah. Semua susah. Tidak mahu
belajar Bahasa Inggeris. Tidak perlu katanya. Tiada kesedaran tentang
pentingnya Bahasa Inggeris. Inilah kekangan yang menjadikan anak-anak
melayu tertinggal. Sebabnya tidak mahu mencuba langsung belajar dan
bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Apa yang mereka lebih rela lakukan
adalah keluhan. “Susahlah Bahasa Inggeris”, ” Tak nak mintak kerja kat
situ, sebab kena cakap Bahasa Inggeris”, “Susahnya nak dapat kerja,
semua nak Bahasa Inggeris”, “Kau bolehlah jadi Eksekutif, sebab kau
mahir dalam Bahasa Inggeris”, “Kau tolong laa cakap dengan Boss, kau tau
Bahasa Inggeris”, “Alamak, semua Bahasa Inggeris, malaslah macam ni!”.
Inilah ayat-ayat yang biasa di dengar dari mulut lepasan graduan
terutamanya anak-anak melayu. Belum bertempur dah mengaku kalah. Dek
kerana ayat-ayat inilah yang menyebabkan orang lain mengambil kesempatan
atas kelemahan yang kita bina sendiri. Sampai bila anda boleh bertahan?
Jadi, tolonglah belajar dan berkomunkasi
dalam Bahasa Inggeris. Jika tidak mampu di terapkan dari rumah lagi,
cuba-cuba di luar rumah. Cari rakan-rakan yang boleh membantu. Jangan
malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Salah tak apa, yang penting
sematkan dalam hati untuk menguasai Bahasa Inggeris. Jangan malu nak
letakkan kamus di tepi katil. Jangan malu untuk membaca News Straits
Time di hadapan kawan-kawan lain. Ini untuk kebaikkan anda semua.
Percaya atau tidak, peluang untuk mendapatkan pekerjaan lebih tinggi
jika 1st impression dari si penemuduga sudahpun baik. Maksudnya untuk
komunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris sdua pun Pass. Ini
sememangnya amat penting untuk semua. Terutamanya adik-adik yang sedang
atau mencari pekerjaan.
Entri ini mungkin nampak agak kasar.
Bukan niat untuk mengutuk orang melayu. Bukan nak kata, tinggalkan
Bahasa Melayu. Tetapi untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya
Bahasa Inggeris dalam mengharugi masa depan yang lebih Global. Yang
lebih Maju, Yang lebih berteknologi.Usah risau, Bahasa Ibunda tetap
akan di gunakan sampai ke akhir hayat. Itu memang pasti. Harap entri ini
memberi jawapan mengapa anak-anak melayu sering gagal dalam temuduga?
Ini adalah salah satu sebabnya.
P/S: Daripada sibuk sertai “Bersih” lebih baik belajar kuasai Bahasa Inggeris. Lagi berfaedah…:)
belajar bahasa inggeris seremban belajar bahasa inggeris nak belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa inggeris cara mudah belajar bahasa inggeris cara belajar bahasa inggeris kursus bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah grammar bahasa inggeris teknik belajar bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa english belajar bahasa inggeris cara mudah tips belajar bahasa inggeris cara-cara belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa arab panduan mudah saya saya kelas bahasa inggeris Panchor Seremban Negeri Sembilan, belajar bahasa inggeris kelas bahasa inggeris kursus bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah kelas bahasa english kursus bahasa inggeris di Panchor Seremban Negeri Sembilan,OUM,PTPTL,Kolej Negeri,cosmopoint, taman putra perdana, puchong, cyberjaya, putrajaya, lim kok wing, universiti multimedia, MMU, bandar puteri, saujana putra,