Antara aspek yang mungkin kita rasa sukar dalam bahasa Inggeris ialah pertukaran kepada ejaan-ejaan dalam perkataan-perkataan bahasa Inggeris. Ianya kadang2 agak mengelirukan kita dan seperti yang pernah saya tulis sebelum ini anda perlu tahu 3 aspek iaitu:-
1. WHAT
2. WHY
3. HOW
Jangan HAFAL ya.Amat2 bahaya jika anda sekadar hafal kerana ianya menyukarkan kita untuk menggunakan ia nanti.
Sebagai contoh,antara aspek yang kadang mengelirukan kita ialah konsep Kata Nama Tunggal atau Singular Noun dan Kata Nama Majmuk atau Plural Noun dalam bahasa Inggeris. Jika anda kurang faham aspek ini maka ianya akan banyak menjejas aspek tatabahasa kita yang lain dalam bahasa Inggeris seperti penggunaan Kata Kerja atau Verbs yang betul dengan Singular dan Plural nouns tersebut.
Mari kita buat analisa dari segi Aspek Semakan WWH ini iaitu:-
1. WHAT?
Singular plural ini adalah berkaitan dengan kuantiti sesustu noun itu di mana -
Kuantiti = 1 ialah Singular noun
Kuantiti > 1 = Plural noun
Perhatikan yang plural noun ialah noun yang kuantiti ia lebih daripada satu dan bukannya perlu kuantiiti ia banyak.
2. WHY? Kenapa anda perlu tahu aspek singular plural ini ialah
yang pertama sekali anda perlu tahu ialah ejaan noun untuk kuantiti =1
(singular) dan kuantiti > 1 (plural) MUNGKIN berbeza seperti
1. A boy - two boys
2. One bus - many buses
3. 1 thief - 10 thieves
4. a country - few countries
Bagaimanapun anda juga perlu tahu yang bukan semua plural nouns itu
sekadar melibatkan penambahaan -s, -es dan -ies tetapi ada juga:-
i. Berubah bentuk seperti one child - several children
ii. Tidak berubah bentuk seperti A sheep - two sheep
Dari aspek HOW pula anda perlu tahu yang
bagaimanakah caranya anda mengeja Plural Nouns anda dan apa yang boleh
membantu anda secara amnya ialah:-
1. Kebanyakan plural nouns melibatkan penambahan -s sahaja kepada ejaan singular nouns mereka.
2. Untuk nouns yang berakhir dengan 'y' tetapi sebelum 'y' itu ialah
huruf konsonan (bukan a,e,i,o,u) anda perlu buang 'y' itu dan tambah
'-ies'
baby menjadi babies
butterfly menjadi butterflies
3. Untuk nouns yang berakhir dengan -ch, -sh, -s, -ss dan -x maka anda perlu tambah -es dihujung mereka seperti
catch - catches
bush - bushes
boss - bosses
tax - taxes
bus - buses
boss - bosses
4. Untuk sesetengah nouns yang berakhir dengan -f dan -fe, -f dan -fe itu dibuang dan digantikan dengan -ves
Cth
wife - wives
loaf- loaves
knife -knives
Pengecualian
roof - roofs
cliff - cliffs
chief - chiefs
5. Untuk nouns yang berakhir dengan -o, bentuk plural mereka samaada ditambah -s atau -es
Cth
zoo- zoos
hero - heroes
Ada juga yang boleh menggunakan kedua2 bentuk
Cth
mosquito - mosquitoes / mosquitos
volcano - volcanos / volcanoes
* biasanya bentuk -es seperti volcanoes dan mosquitoes digunakan.
6. Ada juga nouns yang tidak berubah bentuk plural nya seperti
one sheep - many sheep (bukannya many sheeps)
Cth lain
deer - deer
fish -fish
* fishes cuma digunakan untuk pelbagai jenis ikan sahaja.
7. Ada juga nouns yang berubah bentuk plural forms mereka
Cth
a child - few children
one person - several people (bukan several persons atau several peoples)
Ni antara aspek yang paling penting yang cikgu akan ajar dalam kursus
Perbualan bahasa Inggeris yang akan bermula
pada minggu depan. Kursus ini sesuai
untuk lepasan SPM, mereka yang inigin mengambil MUET dan juga mereka
yang ingin meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris mereka
untuk kerjaya mereka.
belajar bahasa inggeris seremban belajar bahasa inggeris nak belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa inggeris cara mudah belajar bahasa inggeris cara belajar bahasa inggeris kursus bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah grammar bahasa inggeris teknik belajar bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa english belajar bahasa inggeris cara mudah tips belajar bahasa inggeris cara-cara belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa arab panduan mudah saya saya kelas bahasa inggeris Panchor Seremban Negeri Sembilan, belajar bahasa inggeris kelas bahasa inggeris kursus bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah kelas bahasa english kursus bahasa inggeris di Panchor Seremban Negeri Sembilan,OUM,PTPTL,Kolej Negeri,cosmopoint, taman putra perdana, puchong, cyberjaya, putrajaya, lim kok wing, universiti multimedia, MMU, bandar puteri, saujana putra,