Apa yang kita perlu tahu tentang MUET?

Malaysian Universiti English Test (MUET) adalah satu tuntutan wajib bagi setiap pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran program ijazah. Pada tahun 2012, MUET akan dijalankan tiga sesi iaitu pada sesi Mac, sesi Julai dan sesi November. Tarikh buka dan tutup pendaftaran serta tarikh ujian boleh di lihat di kalendar peperikasaan. Sebelum mendaftar, apa yang perlu kita tahu tentang MUET ni?

Apa yang kita perlu tahu tentang MUET?

Langkah terus kepada :
Apa yang saya kongsikan di sini hanya la perkongsian yang basic dan tidak mendalam. Untuk mengetahui lebih mendalam, sila layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Apa syarat kelayakan ambil MUET? 

Kerajaan tidak menetapkan sebarang syarat kelayakan untuk menduduki MUET. Ini bermaksud, semua orang tidak kira umur boleh menduduki ujian MUET. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke program ijazah, ujian ini wajib.

Apa ujian yang akan di ambil dalam MUET?

Kod KertasNama Kertas
800/1Listening (30 minit)
800/2Speaking (30 minit)
800/3Reading (90 minit)
800/4Writing (90 minit)
Maklumat lanjut, rujuk sukatan pelajaran ( Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions )

Berapa perlu bayar nak menduduki ujian MUET? 

Yuran pendaftaranRM 40.00
Yuran mata pelajaranRM 60.00
JumlahRM 100.00

Bagaimana pula nak bayar? 

Bayaran di buat macam biasa dengan membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN) atau boleh juga perbankan internet. Perlu di ingatkan, BSN mengenakan caj sebanyak RM 1.00 bagi pembelian nombor PIN MEC. Bayaran akan terpapar pada Slip Pendaftaran (MUET/PP) untuk rujukan calon.
Maklumat lanjut, layari http://www.mesp.gov.my/online.

Cara nak mendaftar menjadi calon MUET?

Terdapat dua cara untuk mendaftar menjadi calon.
  • Calon Sekolah/Institusi
  • Calon Persendirian individu

Pendaftaran boleh buat secara online di http://www.mesp.gov.my/online/loginApplication/uicontroller.jsp.

Cara periksa keputusan MUET? 

Bagi calon sekolah atau institusi, keputusan akan di hantar kepada pengetua sekolah atau institusi berkenaan melalu SPP JPN. Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos.
Cara yang lebih mudah kalau tak sabar, calon boleh menyemak keputusan ujian melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia atau melalui SMS dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau 36363.
Kalau nak terang tu banyak lagi, jadi anda boleh layari arahan dan panduan pendaftaran calon.
Buat masa sekarang, pendaftaran bagi sesi Mac telah pun di tutup. Jadi bagi pelajar yang ingin mendaftar, boleh mendaftar bermula 2 April sehingga 19 April 2012. Bagi yang ingin membaiki keputusan pada sesi Mac, pendaftaran akan di buka dari 2 April sehingga 3 Mei 2012.

Maklumat lebih lanjut boleh layari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.




Ingin menerima tips-tips berkaitan Belajar Bahasa Inggeris terus ke emel anda?
....Taip Emel dalam kotak dibawah & Klik Langgan:


Delivered by FeedBurner
belajar bahasa inggeris seremban belajar bahasa inggeris nak belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa inggeris cara mudah belajar bahasa inggeris cara belajar bahasa inggeris kursus bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah grammar bahasa inggeris teknik belajar bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa english belajar bahasa inggeris cara mudah tips belajar bahasa inggeris cara-cara belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa arab panduan mudah saya saya kelas bahasa inggeris Panchor Seremban Negeri Sembilan, belajar bahasa inggeris kelas bahasa inggeris kursus bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah kelas bahasa english kursus bahasa inggeris di Panchor Seremban Negeri Sembilan,OUM,PTPTL,Kolej Negeri,cosmopoint, taman putra perdana, puchong, cyberjaya, putrajaya, lim kok wing, universiti multimedia, MMU, bandar puteri, saujana putra,

KLIK ICON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH DAN SHARE INFO DI LAMAN INI BERSAMA  KENALAN ANDA.... Berkongsi Amalan Mulia !