Apa itu MUET? MUET atau dengan nama saintifiknya, Malaysia’s University English Test merupakan satu ujian bahasa Inggeris yang merangkumi empat komponen utama iaitu Speaking, Reading, Writing dan Listening dalam menguji kefasihan seseorang calon menggunakan bahasa Inggeris. MUET ini akan membezakan setiap calon kepada kepada band-band berdasarkan kefasihan mereka menggunakan bahasa Inggeris (yang pastinya band yang aku maksudkan dekat sini bukan macam rancangan program The Band hampeh yang Malaysia pernah buat tu, kihkihkih) iaitu Band 1 – Band 6.
13 OKTOBER
Tepat 6.20,
aku dengan rasa mengantuknya nak ambil speaking
test MUET mula bertolak dari rumah. Aku bertolak dengan siapa? Ayah aku. Mula-mula
semua macam biasa. Hati aku pulak tak lah rasa gementar sangat sebab aku dah
ambik masa dua hari untuk sediakan diri aku untuk test hari ni. Yang buat aku
mengantuk bukan sebab apa, sebab aku tak tidur malam semalam duk menghafal dan praktis sikit-sikit ayat-ayat common sebab aku bukanlah bijak macam
sesetengah korang yang cakap bahasa Inggeris yang fuhh menangis aku kalau
dengar.
Dalam tengah
kumpul semangat yang berkobar-kobar tu, aku ragu-ragu lagi sama ada aku boleh
sampai ke tidak sebelum 7.30 pagi dekat pusat yang aku pilih iaitu SMK Petaling
Jaya. Kau bayangkanlah aku duduk dekat Setiawangsa,KL tapi ambil periksa dekat
Petaling Jaya,Selangor. Jauhkan? Gila tak jauh ni semua sebab pusat-pusat dekat
KL dah penuh, jadi nak tak nak redhooo~.
Aku sesat!!!
Yaaaa, aku
sesat! Aku dengan ayah aku stuck dekat
PJU (Petaling Jaya Utara) dan tempat yang kitaorang patut pergi ialah PJS
(Petaling Jaya Selatan). Jam masa tu pulak tunjukkan tepat pukul 6.45 pagi.
Kitaorang cuma ada masa dalam 45 minit lagi sebelum 7.30 pagi waktu yang
sepatutnya aku sampai dekat sekolah tu. Trafik masa tu pulak mula nak sesak
sebab dekat kawasan tu ada kerja-kerja baikpulih jalan raya ditambah pulak
dengan waktu puncak orang pergi bekerja.
Dalam pusing
punya pusing sampailah aku dekat sekolah tamil, Ayah aku cuba tanya lokasi
sekolah pusat MUET aku pada pengawal keselamatan sekolah Tamil ni dan adalah
dalam masa 5 minit dia bagikan arah yang patut kami tuju. Jadi dengan
berbekalkan kata-kata pengawal sekolah Tamil tadi dengan masa yang dah suntuk
kami pun bertolak dengan penuh harapan. Alhamdulillah sampai memang sampai tapi
kali ini sampai di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sumpah rasa nak menangis
menahan stress dia. Tapi aku stay cool
mana tidak dah pakai kemas-kemas ensyiem-ensyiem (hensem) nak nangis tak sesuai
langsung HAHAHA.
Lepas sampai
di SJKC tadi ayah aku buat perkara yang sama, tanya pada pengawal keselamatan
sekolah tu. Dan macam biasa arah yang diberi dan membawa kami ke sekolah yang
seterusnya. Sekolah yang seterusnya sekolah apa? Sekolah Menengah Kebangsaan,
dah rasa macam lawatan sekolah 1 Malaysia pulak sebab dalam satu pagi aku dah
lawat sekolah tiga kaum berbeza. Sampai di sekolah ini, adalah seorang cikgu
perempuan yang aku rasa mungkin penolong kanan atau pengetua sekolah ini yang
usaha nak bantu aku dengan arahkan guru sekolah dia hantarkan aku ke sekolah
SMK PETALING JAYA!!! Tapi malangnya, guru yang diarahkan tadi sedang jaga
peperiksaan PT3 di sekolah lain. Masa pada masa tu dah tepat pukul 8.00 pagi
yang bermaksud aku dah lambat ke pusat MUET untuk 30 minit. Memang
menyedihkan, tak tertahan tekanan masa
tu. Guru sekolah yang tadi bagilah sikit semangat ke aku, untuk teruskan pergi
ke pusat MUET tadi cuba nasib katanya.
Dalam masa
yang sama adalah pak cik yang merupakan penjaga kepada pelajar di sekolah tadi
yang duduk perhati dengar perbualan kami. Memandangkan masa dah semakin suntuk
dengan trafik yang menggila tak bergerak di pagi yang penuh tekanan buat aku.
Pak cik tadi cadangkan untuk hantar aku ke sekolah yang asdfghjkl (SMK Petaling
Jaya). Entah ceruk mana entah letaknya sekolah ni, aku pun tak tahu. Jadi dari
naik kereta bertukar ke motorsikal. Ya memang tak ada masalah, yang jadi
masalah ialah …
AKU TERPAKSA PAKAI HELMET
KANAK-KANAK!!!
Cool memang cool, helmet ni aku tak kisah sangat yang aku kisahkan saiz helmet ni.
Baru pakai 5 minit kepala aku dah naik kebas, saiz helmet ni agak kecil untuk
kepala aku tapi disebabkan darurat redhooo~ kan jelah. Pakai kemeja kemas-kemas
siap bertali leher kasut kulit naik motor berbekalkan helmet biru kecikkk cuba
korang bayangkan, pak cik tadi bawaklah aku seberang jalan gunakan jejantas
yang berpuluh-puluh motor gunakan pagi tu untuk seberang jalan. Sangat sesak!
Tapi sekali
lagi aku dikecewakan, pak cik tadi pun tak tahu mana letaknya sekolah tu. Dah
lebih 30 minit kami ronda sekeliling kawasan PJS sampailah ke Taylor University
lagi tapi langsung tak jumpa. Aku pun dah mula patah semangat, minta pak cik
tadi hantarkan aku ke stesen LRT atau KTM terdekat. Nak balik, putus asa dan
sakit hati! Pak cik tadi masih berkeras nak hantarkan aku, kata dia cubalah
dulu mana tahu ada rezeki aku. Aku pun ikutkan jelah, kami ronda lagi dalam 15
minit, dah beratus orang kami tanya masih tak jumpa. Katanya sekolah ni masih
baru dan khas untuk pelajar tingkatan 6 sahaja.
Jam dah
menunjukkan 8.45 pagi, sekali lagi aku minta pak cik tadi hantarkan aku ke
stesen LRT terdekat, suara pun dah penat nak aku keluarkan. Kepala rasa dah
macam tak berdarah menahan sakit yang puncanya helmet kecik tadi ditambah pulak
dengan tekanan melampau. Ahhh stresss!!! Pak cik tadi kuat semangat nak cuba
ronda kali terakhir, kata dia kalau tak jumpa jugak kali ni baru dia hantarkan
aku balik. Entah macam mana, AKHIRNYA TEPAT 9.00 PAGI SAMPAI JUGAK AKU DEKAT
SMK PETALING JAYA!!! YEAYYY!
Aku lewat 2
jam setengah, dan sesat selama 3 jam. Sekolah ni memang sangat baru dan rare aku kategorikan memandangkan tak
ramai orang tahu. Dan yang pastinya pagar sekolah ni langsung tak tercatat nama
sekolah tu, sangat pelik! Aku terus berlari ke dewan peperiksaan dan syukur
sebab masih boleh ambil lagi ujian untuk sesi tengah hari, pada pukul 10.30
pagi.
Berterima
kasih sangat pada pak cik dan semua yang bantu aku pada hari paling stress
dalam hidup aku tu. Aku guna masa yang tinggal sebelum sesi tengah hari bermula
untuk tenangkan diri dan dapatkan semula mood nak berspeaking! Alhamdulillah, ujian lisan pagi tu aku rasakan dah yang
terbaik aku mampu lakukan meski jadi candidate
A, orang pertama untuk bercakap.
credit : http://lakiterok.blogspot.com/2015/02/how-tragic-my-muet-speaking-day-was.html
belajar bahasa inggeris seremban belajar bahasa inggeris nak belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa inggeris cara mudah belajar bahasa inggeris cara belajar bahasa inggeris kursus bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah grammar bahasa inggeris teknik belajar bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa english belajar bahasa inggeris cara mudah tips belajar bahasa inggeris cara-cara belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa arab panduan mudah saya saya kelas bahasa inggeris Panchor Seremban Negeri Sembilan, belajar bahasa inggeris kelas bahasa inggeris kursus bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah kelas bahasa english kursus bahasa inggeris di Panchor Seremban Negeri Sembilan,OUM,PTPTL,Kolej Negeri,cosmopoint, taman putra perdana, puchong, cyberjaya, putrajaya, lim kok wing, universiti multimedia, MMU, bandar puteri, saujana putra,