haha..okeh untuk edisi kali ni nak kongsikan tentang Skim Pinjaman Pascasiswazah MARA. Untuk
pengetahuan pembaca blog, Skim pinjaman pascasiswazah MARA ni merupakan
skim pinjaman boleh ubah yang diperkenalkan oleh MARA bagi membantu
sesiapa yang berhasrat menyambung pengajian peringkat Master/PHD di luar
negara. Anda hanya perlu membayar 20% apabila tamat pengajian
kelak.Jadi MARA dah bagi duit dan kenalah study elok-elok kat tempat
orang nanti ya..
MARA akan membuka permohonan pada 3 februari sehingga 16 februari 2017.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
A)MOHON UNIVERSITI
-Dinasihatkan untuk memohon universiti
dari sekarang walaupun MARA belum membuka permohonan. Harus diingat,
syarat MARA ialah Universiti top 100 ranking in world. Tapi biasalah
kadang-kadang ada program yang diminati bukan dalam ranking top, jadi
boleh membuat surat rayuan kepada pihak MARA nanti.
Update note- Memandangkan setiap tahun requirement MARA berbeza jadi sila lihat syarat semasa
Update note- Memandangkan setiap tahun requirement MARA berbeza jadi sila lihat syarat semasa
Tahun 2013 (Top 100 uni in world)
Tahun 2014 (MARA bagi list uni ntuk dipilih)
Tahun 2015 (?)
Tahun 2014 (MARA bagi list uni ntuk dipilih)
Tahun 2015 (?)
>>contoh nak tengok ranking universiti bleh rujuk sni
DOKUMEN DIPERLUKAN MOHON UNIVERSITI
-Transkrip akademik
-English requirement
-2 Reference letter( boleh mntak pensyarah buatkan)
-Personal statement (cerita pasal diri
kita, kenapa nak ambil kos tu dan kenapa pilih uni tu..boleh search
contoh kat encik google sangat banyak)
okeh part apply uni sangat
mencabar..pergi jer laman web uni yg anda minat terus carik butang
"apply" then ikut ja apa yang diminta.
Document tak lengkap??Jangan risau
mungkin ada yang tengah final sem nak apply mana nak dapat transkrip
kan...ada yang tak amek exam english lagi...APPLY sahaja dulu..sebab
lepas ja apply kalau berjaya anda akan dapat____
1)Conditional offer letter- Tawaran bersyarat.
Bila da dapat tawaran bersyarat ni
maknanya anda kena penuhi syarat uni tu dulu baru dapat tawaran
penuh..contoh uni suruh ambil IELTS , so kena pergi ambil IELTS dan
dapatkan requirement yang uni nak dulu.
2)Unconditional offer letter- Tawaran rasmi
-Bila anda dah sediakan smua doc yang
uni nak dan tak sngkut apa-apa terus dapat uncond letter. Maksudnya dah
diterima secara rasmi.Kalau still sngkut kat transkrip ke IELTS ke
tawaran anda still Conditional..Jadi berusahalah untuk dapatkan
UNCONDITIONAL cepat-cepat ya!
Pening ke??kalau dah pening nak apply
sendiri boleh jumpa agen..Sebenarnya banyak agen yang boleh tolong apply
uni dari A sampai Z..Cuba E-mail jer agen tu nanti tahulah dorang nak
tolong camner.Guna agen free of charge..Berikut contoh senarai agen :
-Malaysian British Educational Cooperation Services (MABECS)
-Gen Education Malaysia
-Nazza Education Sdn. Bhd.
B) ENGLISH REQUIREMENT
-Nama lagi belajar oversea kan.Dah pergi
sana kena speaking bagai kan..haha. Jadi semua uni kat oversea perlukan
english requirement ntuk pastikan kita kat sana tak tidur dalam kelas.
Kira boleh faham bahasa english dan boleh tulis masa exam.Setiap
universiti perlukan english requirement yang berbeza-beza. Jadi tugas
anda ialah tanya uni tu direct kalau nak kepastian pasal requirement yg
diperlukan. Antara english exam yang popular ialah:
1) IELTS
2) TOEFL
Dan...
Ada juga universiti yang boleh waived english exam kat atas ni kalau anda punya GCE-O english masa SPM dapat C above minimum C.
Jangan tertukar! Bukan result BI SPM ya..Tapi dalam slip SPM dulu ada
tulis kat bahagian tepi tu bawah GCE-O. Haa..nak lebih confirm pergi ja
sekolah lama mintak sijil GCE-0 kat kerani skolah siap ada cop uni of
cambridge lagi.
Ada juga Universiti yang just nak SURAT DARI BAHAGIAN AKADEMIK IPT mengatakan ENGLISH AS MEDIUM LANGUAGE ja terus boleh dapat Unconditional offer letter. Takpayah susah-susah keluarkan duit 600 ringit ambil exam tu.
*Untuk kepastian pasal ni just direct tanya universiti yang anda mohon ya..
*Pastikan dah confirm dapat biasiswa baru ambil exam english sebab yuran 600 ringgit.Result 2 minggu ja dah dapat. Dan result valid dalam tempoh 2 tahun. (nak ambil awal pun takpa, sbb duit sndiri kan)
C) PROSES PERMOHONAN MARA 2013
Pada tahun 2013, terdapat dua stage perlu dilalui oleh pemohon iaitu:
1) Isi permohonan online:
-masa isi permohonan online, yang penting anda sudah ada satu pilihan universiti dan satu pilihan kursus yang ingin diambil dan PERLU DIISI SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE KALI PERTAMA.
Tips: Pilih universiti yang berada dalam list MARA atau TOP 100 in world untuk peluang lebih cerah ke stage kedua.
-Tapi masa ni belum ada surat tawaran lagi kan?Takper isi jer uni yang anda nak pergi. Dalam masa yang sama apply uni tu dan beberapa uni lain sebagai backup.
-Selepas membuat permohonan kali pertama tekan butang "SUBMIT" dah dikira anda sudah memohon..sebab tiada status samada permohonan anda diproses atau sebagainya"..terus tunggu untuk panggilan ujian psycometrik
-Kemaskini boleh dibuat sebelum tarikh tutup.(tak pasti berapa kali boleh kemaskini..rasanya sampai tarikh tutup boleh)
-Jangan lupa isi result SPM dan Penglaman kerja (bagi yang pernah bekerja)
2) Ujian psycometrik
( Hanya calon yang terpilih melalui tapisan online sahaja dipanggil)
-Ujian psykometrik ni ada 50 soalan Bm dan 50 soalan BI (100 objektif)
dan satu soalan esei.
Soalan objektif tu tema(personaliti,logik,matematik,sains,sejarah sikit,brkaitan MARA)
Senarai calon berjaya mendapat Skim pascasiswazah MARA dikeluarkan.
-Hooreyy, lepas ujian psycometrik, MARA terus keluarkan senarai nama yang berjaya!
*2013 tiada temuduga
*2014 ada temuduga
*2015??
D) TAWARAN BERSYARAT MARA
-Selepas senarai nama pemohon yang berjaya diketahui, MARA akan mengeluarkan surat tawaran bersyarat. Pemohon perlu melengkapkan semua syarat yang telah diarahkan dan menghantar dokumen yang lengkap untuk diproses.
E) TAWARAN RASMI MARA
-Setelah memenuhi syarat-sayarat MARA dan menghantar dokumen tawaran bersyarat, pemohon akan mendapat Tawaran rasmi MARA. Semasa menghantar tawaran MARA ini, perlu disertakan unconditional offer letter sebelum MARA memproses dokumen dan memasukkan duit allowance ke dalam akaun.
F) KURSUS BTN
-Takwim BTN akan disertakan sekali dalam surat tawaran bersayarat MARA. Anda perlu memilih tarikh dan perlu mengikuti kursus BTN.
G) MEMOHON VISA
-Bagi pemohon yang berjaya mendapat tawaran MARA, anda sudah boleh menguruskan VISA secepat mungkin. Kerana proses membuat VISA memakan masa. Harga VISA bergantung pada negara tempat anda memohon. Anggaran harga Rm 1600-Rm 2000++.
H) FLIGHT TICKET
-Setelah VISA siap anda sudah boleh meminta MARA belikan tiket ataupun mendahului duit sendiri .
I) MASA UNTUK BERANGKAT
-Setelah berpenat lelah menguruskan segala persiapan, tiba masa untuk berangat ke destinasi masing-masing. Jaga diri di tempat orang! Selamat jalan ^-^
belajar bahasa inggeris seremban belajar bahasa inggeris nak belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa inggeris cara mudah belajar bahasa inggeris cara belajar bahasa inggeris kursus bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah grammar bahasa inggeris teknik belajar bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa english belajar bahasa inggeris cara mudah tips belajar bahasa inggeris cara-cara belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa arab panduan mudah saya saya kelas bahasa inggeris Panchor Seremban Negeri Sembilan, belajar bahasa inggeris kelas bahasa inggeris kursus bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah kelas bahasa english kursus bahasa inggeris di Panchor Seremban Negeri Sembilan,OUM,PTPTL,Kolej Negeri,cosmopoint, taman putra perdana, puchong, cyberjaya, putrajaya, lim kok wing, universiti multimedia, MMU, bandar puteri, saujana putra,