Salam,
Hari ini saya nak kongsi pasal kos sara
hidup di United Kingdom. Menarik topik ni pasal kita
boleh bandingkan dengan kos kehidupan di Malaysia. Jadi cukup ke £1000 sebulan nak hidup kat UK? £1000
tulah kita nak bayar sewa, makan, bayar bil dan sebagainya. Kalau
bujang memang rasanya £1000 itu lebih dari mencukupi, tapi bagi yang
berkeluarga( 3 orang ke atas ) , biasanya akan berbelanja sekitar £800
ke atas untuk perbelanjaan setiap bulan. Jadi, keuntungan jika pasangan
anda dapat mencari kerja sampingan untuk tampung perbelanjaan rumah (
Gaji part time sekitar GBP 5- 7 satu jam). Cuma kalau nilai RM1000
sebulan di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur, rasanya macam agak
sukar nak hidup apatah lagi menyimpan.
Rata-rata orang akan bandingkan, £1000
tu kalau convert dalam RM5,500. Jadi secara logiknya, memanglah jumlah
tu Tapi nilai RM5,500 tu pun sebenarnya biasa-biasa saja di Malaysia
terutamanya di Kuala Lumpur. Cuma di sini, nilai RM5,500 itu besar juga,
siap boleh simpan beberapa ribu sebulan jika bijak. Di United Kingdom,
biarpun nilai matawang tinggi, gaji di sini pun tinggi tetapi kos barang
makanan asal, barang eletronik berkualiti, kenderaan dan sebagainya
lebih murah berbanding gaji sebulan di sini. Jika anda duduk di
Manchester, Liverpool, Edinburgh atau bandar-bandar besar lain, kos
tempat tinggal dan makanan jauh lebih murah dan berbaloi.
Perbelanjaan di Aberdeen
Ini adalah perbelanjaan saya setiap bulan di Aberdeen ( bujang -- University of Aberdeen, Scotland) :
- Sewa rumah : £400 ( university accomodation, satu bilik kecil, communal toilet and kitchen, sewa rumah ini agak mahal sebenarnya. Boleh dapat lagi murah)
- Bil telefon : £10
- Belanja dapur: £50-80
- Riadah & makan di luar : £100++
- Pengangkutan : £30 - Bus ke sekolah dan bandar
Total : £600-660 ( Balance dalam 350-400 pound )
Bermakna saya ada simpanan lebih kurang £300-350 setiap bulan. Sewa
rumah di Aberdeen, Scotland adalah mahal dan boleh dicompare dengan
London. Sebab Aberdeen merupakan Oil & Gas Town di UK, so everything
is more expensive compare dengan Glasgow dan juga Edinburgh or bandar2
lain. Ada juga student yang boleh menyimpan sekitar £500 setiap bulan, bergantung dengan sewa rumah dan belanja dapur/makan dia. Maknanya kalau anda ada £500 sebulan pun, insyaAllah anda still boleh hidup di UK ni. hehehe.
Dengan GBP 10 ( RM50++ ) , ini yang anda boleh beli di sini:
- Twinings Swiss Choc Drink
- 95g coffee
- Nutella Spread
- Muffins
- Pancakes
- Chilli Sauce
- 1 pint fresh milk
- 2x sardines
- instant pilau rice
- 2x spices
- 2x Starbucks Latte & Caramel Machiato
- 6x Creme Caramel
- discounted Mixed Berries ( Strawberries, Blueberries & Blackberries )
Pilihan kedai yang banyak
Kat UK, ada macam-macam jenis supermarket dan kedai. Rate harga pun berbeza. Ada Poundland, Costcutter
( macam kedai RM5, yang menjual pelbagai barang termasuklah makanan
seperti susu, frozen food dan sebagainya ), ada supermarket dengan harga
yang murah macam ASDA, LIDL or supermarket biasa seperti Sainsbury's, Morrison, Waitrose, Tesco, Co-Op dan macam2lah. ( List
) . Ada banyak perkhidmatan penghantaran online groceries untuk
memudahkan kita bershopping kat sini. Untuk student, biasanya mereka
akan memilih untuk beli groceries kat 1poundland, ASDA, LIDL dsb sebab
harga sangat murah berbanding supermarket biasa.
Harga barang asas di UK
- Beras ( 2 kg ) : £1-2
- Rempah ratus/ Asian food/groceries : £1-3
- Teh: £1++
- Sayur-sayuran: 50pence-£2
- Daging halal segar ( 1 kg ) : £8-10
- Ayam halal segar ( 1 ekor saiz besar ) : £4-5
- Nugget ayam ( 1kg ) : £3-6
- Kopi ( 500gm ) : £1++
- Air 2in1, 3in1: £1
- Roti: 50pence- £2
Harga daging halal frozen di Aberdeen
Senarai kedai barangan Halal di Aberdeen, Scotland
- Rice & Spice : 175 King Street, Aberdeen, AB24 5AE , Tel: 01224 638087
- Bismillah City Spice Shop: 182 King Street, Aberdeen, AB24 5BH , Tel: 01224 621558
- The Spice Shop - Fair Food Deal: 2 Powis Place, Aberdeen, AB25 3XL, Tel: 01224 632235
- Newspice Of Asia : 63-65 John Street , Aberdeen AB25 1LP
- Spice Of Asia: 489 George St, Aberdeen AB25 1HL, United Kingdom
- Kedai Asian - Matthews Foods Aberdeen: 138 Causewayend, Aberdeen, AB25 3TN
Harga Baju,kasut dan seangkatan
Harga baju pun memang boleh tahan kat UK. Ada Primark, H&M, Topshop dan banyak lagi brand dengan harga baju serendah £1. Jeans kat sini dalam £10,
kasut best pun boleh dapat dalam 10pound kat Primark. Kalau sale,
lagilah murah. Haha kalau kat Malaysia, macam payah sikit nak dapat baju
dan kasut best dengan harga RM10 kan? Even kalau convert pun baju-baju
branded RM50 kat Malaysia ada ke?
Contoh kedai murah untuk barangan ( baju, makeup, perfume,coklat ETC ) murah selain outlet :
- Watt Bros
- Primark
- Tiger UK
Untuk student pula, depa ada discount
khas for student biasanya kat butik-butik. Siap ada online website untuk
redeem discount voucher or bawa je student card anda ke mana-mana. ^_^
Contoh website : myunidays.com
Ni contoh review makeup kat Poundland yang korang boleh baca
| LINK
Pengangkutan
Biasanya kat Aberdeen or bandar lain, bas merupakan pengangkutan utama dengan tambang bermula lebih kurang £1.
Sangat efisyen dan menepati jadual waktu perjalanan. Untuk di London,
harga Tube boleh dikatakan pricey kalau ambil single ticket. So cara
terbaik untuk jimat adalah rancang perjalanan anda dalam masa seminggu (
so korang boleh beli weekly ticket, monthly, or by term. 
Jadi kenapa saya cakap harga barang di
UK murah berbanding gaji pekerja di sini? Okay, cuba bayangkan, gaji di
sini cleaner pun dalam £800-1200p setiap bulan. So barang harga £1-5 saja satu. So total spend untuk makanan logiknya memang less than £200 setiap bulan. Bayangkanlah kalau gaji professional... agak-agak best tak hidup kat UK?
Gaji setahun kat UK
Kalau spend £20 di kedai groceries, anda boleh dapat: Beras,
sayur, ayam, rempah ratus, air berperisa, roti dan banyak lagilah.
Memang mewahlah senang cerita! Memang sangat cukup untuk makan seminggu.
Malah boleh bertahan sampai 10hari atau 2 minggu.
Tips jimat di UK!
- Pilih kedai yang memang kita tahu ada discount macam Poundland, LIDL, Asda dsb. Biasanya kedai2 ni ada online shop, so kalau nak penghantaran FREE at certain £, korang belilah barang monthly sesiap. Jimat masa dan tenaga dan duit! Hehe.
- Kat UK banyak charity shop, dimana anda boleh beli buku, baju baru/terpakai, other stuff dengan harga yang murah. Sambil tu boleh menderma!
- Bawa botol air kosong semasa berjalan2! And beli coklat( it's cheap here in the UK ): bread/muffin and bawa masa berjalan2. So that taklah lapar gila tiba2 and beli sandwiches yang mahal kat kedai. Korang boleh guna duit tu untuk makan properly 1 meal kat kedai or restaurant.
- Check sama ada butik or kedai ada student discount or not. Biasanya depa ada discount at least 10% untuk student.
- Telco pun ada plan murah depa gaks. Check coverage before korang beli line telco!
- Bawa cash saja semasa keluar untuk mengelakkan anda guna debit card secara berleluasa kat sini. Haha sebab biasanya kita tahu harga barang kat sini macam £20-30 je, so sebab tu kita macam tak kisah je guna debit card. Kalau guna cash je, kita akan plan duit kita baik2 masa shopping groceries or other stuff! :p
- Kalau anda nak travel, check
transportation option lain jika tak sewa kereta. Kat UK biasanya sistem
dia booking awal and dapat harga murah. Macam train, bus, car rental, at
least beli awal 2 minggu. Dia macam Air Asia. Lagi awal beli, dapat
harga lagi murah!
- Kalau kat Scotland, plastic bag kena bayar 5 pence satu. So kalau korang dok sini, bawaklah shopping bag masa keluar.
- Transportation kat UK agak mahal sket sebenarnya. Plan betul2 perjalanan mingguan anda. Kadang2 kita bayar monthly pass tapi takde pun guna selalu or setiap hari. Kan ke rugi?
Info Kerja Part Time di UK ( Dependant )
Bagi pasangan yang merancang untuk bekerja,
pastikan pasangan memperolehi Tier 4 Dependant Visa dan anda akan
memperolehi tiada had jam bekerja seminggu.
Dokumen yang diperlukan untuk Dependant membuka akaun bank,
1) Passport
2) Bukti alamat tetap di UK
a) Tenancy Agreement - kena deal awal
dengan agent. Biasa ada cas per head kalau nak masukkan nama pasangan
sekali - yang ini dengan segera boleh dapat asalkan sudah berurusan
dengan agen.
Pendapat peribadi : kalau tiada cas boleh pilih cara ini
Bank cadangan : LLOYDS & HALIFAX
b) Daftar bil internet/telefon/lesen tv
atas nama pasangan sejurus anda sampai - biasanya device router dan
sebagainya akan tiba dalam masa seminggu dan bil akan diperolehi
pos/online sebulan selepas pendaftaran.
Bank cadangan : NATWEST
c) Surat dari National Insurance (NI
Number) - kena call dulu NI (No Tel: 0845 600 0643) dulu dan ada sedikit
interview tentang tujuan datang sini, pasangan belajar apa, NI akan
minta alamat dan borang akan diposkan ke alamat yang diberi, dan pos
semula guna sampul prabayar percuma kepada mereka dan tunggu lagi
sehingga ~ 4minggu untuk dapat nombor NI.
Surat ini sila bawa ke bank dalam tempoh 3 bulan dan mohon untuk buka
akaun.
NI ini memang WAJIB dan diperlukan untuk sesiapa yang ingin bekerja di
UK.
Bank cadangan : BARCLAYS
3) Setelah itu anda boleh mula mencari pekerjaan yang sesuai dengan citarasa anda.
4) Bank-bank lain juga mungkin boleh cuma saya tidak ada testimoni. Sumber : FB Pascasiswazah 2014
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
walaupun rasa macam mahal kalau convert duit dari Pound ke RM, still
cost of living kat UK taklah seteruk di tempat saya ( KL ) terutamanya.
Sebelum ni saya duduk di KL/PJ, jadi memang sakit jugalah dengan sewa
rumah, harga makanan yang mahal, transportation lagi... Huhuhu. Mungkin
ada yang kata saya bias etc, tapi saya bercakap dengan pendapat peribadi
saya. Transportation di UK lebih baik walaupun sekadar naik bas dan
mungkin ada benda di UK yang boleh kerajaan kita ambil iktibar dan ada
benda kerajaan UK boleh ambil panduan mengenai kos hidup di Malaysia.
Saya tak merendahkan Malaysia, tetapi mata saya sedikit terbuka apabila
hidup di sini dan membandingkan taraf hidup saya di UK dan Malaysia.
Walaupun saya bergaji selesa di Malaysia, saya still tak boleh nak
menyimpan.
Ada yang mengatakan potongan cukai gaji
di UK yang tinggi sehingga 40% wajar diambil kira. Tetapi kalau
diikutkan, sistem pengangkutan yang efisyen, jalanraya yang cantik,
bandar yang terurus dan sebagainya... berbaloi mungkin kalau dikenakan
cukai setinggi itu. Waktu bekerja di sini pun tidak panjang berbanding
di Malaysia. Rata-rata waktu bekerja di sini adalah bermula jam 10 pagi
hingga 5 petang ( kedai-kedai ) dan saya rasa adil untuk saya katakan,
kerajaan di sini mungkin sudah membuat kira-kira mengenai potongan cukai
berbanding gaji yang mereka dapat. Kalau tidak, takkanlah ramai warga
Malaysia yang sanggup berhijrah ke United Kingdom untuk bekerja di sini.
Di Aberdeen saja, ramai saya lihat keluarga Malaysia bekerja di sini..
dan ada yang tinggal lebih dari 30 tahun kerana taraf hidup yang baik.
Nota tambahan bagi mereka yang tak faham
lagi, komen dari orang yang kerja di luar negara. Mungkin ada benda
yang negara kita boleh ambil iktibar dan apply mengenai pengurusan wang
belajar bahasa inggeris seremban belajar bahasa inggeris nak belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa inggeris cara mudah belajar bahasa inggeris cara belajar bahasa inggeris kursus bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah grammar bahasa inggeris teknik belajar bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa english belajar bahasa inggeris cara mudah tips belajar bahasa inggeris cara-cara belajar bahasa inggeris panduan belajar bahasa arab panduan mudah saya saya kelas bahasa inggeris Panchor Seremban Negeri Sembilan, belajar bahasa inggeris kelas bahasa inggeris kursus bahasa inggeris kelas belajar bahasa inggeris belajar bahasa inggeris dengan mudah kelas bahasa english kursus bahasa inggeris di Panchor Seremban Negeri Sembilan,OUM,PTPTL,Kolej Negeri,cosmopoint, taman putra perdana, puchong, cyberjaya, putrajaya, lim kok wing, universiti multimedia, MMU, bandar puteri, saujana putra,