Kepada
calon-calon yang akan menduduki peperiksaan MUET. Adakah anda kini
sedang berada di dalam keadaan rungsing memikirkan tentang peperiksaan
MUET yang akan hadapi tidak lama lagi?
Maklumlah, peperiksaan MUET ini mungkin salah satu
perkara yang terpenting di dalam hidup anda. Ianya akan menentukan sama
ada anda akan berjaya untuk menyambung pelajaran ke IPT atau tidak?,
atau ia juga akan menjadi tanda penentu bahawa sama ada anda layak atau
tidak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja anda.
Pada tahun 2015, seramai 183,631 calon telah
menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 0.05% sahaja yang
berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang (Band 6). Sebahagian besar,
hanya mendapat Band 3, dan bakinya, memperolehi keputusan yang kurang
memuaskan.
Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan
anda untuk memperolehi jurusan yang anda idamkan di Universiti.
Keputusan untuk kenaikan pangkat di tempat kerja mungkin perlu
dipertimbangkan semula oleh pihak atasan apabila melihat keputusan
peperiksaan MUET anda yang kurang memuaskan. Mahu atau tidak, anda
terpaksa mengambil sekali lagi peperiksaan MUET dan ianya akan mengambil
masa anda selama 6 bulan lagi.