Kadang-kadang kita mahu menyatakan fakta statik (bukan perbuatan) ('non-verb') seperti perasaan, kedudukan, umur, sifat, perangai, keadaan dan sebagainya - bagi masa sekarang. Contohnya 'dia adalah seorang guru'.
Dalam menyatakan fakta statik - bagi masa sekarang -, kadang-kadang kita menggunakan perkataan ialah atau adalah atau merupakan, contohnya 'saya adalah pelajar sekolah ABC'.
Ada kalanya perkataan ialah atau adalah atau merupakan boleh ditinggalkan, contohnya 'saya seorang pelajar'.
Dalam bahasa Inggeris, adalah penting mengenalpasti masa ('tense') bagi 'ialah/adalah/merupakan' kerana ada sistem 'tense' dalam bahasa itu.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang bermakna ialah/adalah/merupakan - bagi masa sekarang - dan ia mesti digunakan dalam menyatakan sesuatu fakta (tidak boleh ditinggalkan). Perkataan-perkataan itu (bagi masa sekarang) ialah :
'Am'
'Is'
'Are'
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :
1. (Objek) + 'am' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'is' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'are' + ('non-verb').
Dalam bahasa Inggeris, 'am', 'is', 'are', 'was', 'were' dipanggil verb 'to be'.
1. Struktur : (Objek) + 'am' + ('non-verb')
'Am' boleh bermakna ialah atau adalah atau merupakan.
'Am' digunakan bagi 2 keadaan :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - fakta itu ujud sekarang).
Contoh :
English Melayu Catitan
I am a teacher Saya (adalah) seorang guru (Sekarang saya seorang guru)
I a teacher (Salah) (Salah kerana 'am' tidak disebut)
I am happy Saya gembira (Sekarang saya gembira)
I happy (Salah) (Salah kerana tiada 'am')
Yes, I am Ya, saya Betul
Yes, I (Salah) (Salah kerana 'am' tidak disebut)
I am a teacher in 1970 Saya seorang guru pada tahun 1970 (Salah sebab masanya bukan sekarang)
I am satisfied Saya puashati Betul
I am sad Saya sedih Betul
I sad (Salah) (Salah kerana 'am' tidak disebut)
I am sure Saya pasti
I am bored Saya bosan
I am busy Saya sibuk
I am full Saya kenyang
I am thirsty Saya haus
I am tired Saya penat
I am annoyed Saya rasa terganggu
i am scared Saya takut
I am use to Saya dah biasa
I am lonely Saya kesunyian
I am afraid Saya takut
I am worry Saya bimbang
I am tired Saya penat
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'am' tidak boleh disenyapkan.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'ialah/adalah/merupakan' biasanya disenyapkan.
2. Struktur : (Objek) + 'is' + ('non-verb')
'Is' juga boleh bermakna ialah atau adalah atau merupakan.
Struktur ini digunakan bagi 2 keadaan :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan 'singular' (apa-apa yang bilangannya hanya satu dan kurang).
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - fakta yang disebut itu ujud pada masa sekarang).
English Melayu Catitan
He is a prefect Dia (ialah) seorang pengawas (Sekarang dia seorang pengawas)
He a prefect (Salah) (Salah kerana 'is' tidak disebut)
He prefect (Salah) (Salah kerana 'is' tidak disebut)
Yes, he is Ya, dia
She is tall Dia (adalah) tinggi (Sekarang dia tinggi)
She tall (Salah)
It is a snake Itu (ialah) seekor ular
It snake (Salah)
John is a boy John ialah seorang budak lelaki
The cat is male Kucing itu (adalah) jantan
This show is good Pertunjukan ini (adalah) bagus
Malaysia is a peaceful country Malaysia (adalah) sebuah negara yang aman
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'is' tidak boleh disenyapkan.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'ialah/adalah/merupakan' biasanya disenyapkan.
3. Struktur : (Objek) + 'are' + ('non-verb')
'Are' juga boleh bermakna ialah atau adalah atau merupakan.
'Are' digunakan bagi 2 keadaan :
1. Objek : 'You, we, they, those, these' dan 'plural' (apa-apa yang bilangannya lebih dari satu).
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - fakta yang dinyatakan itu ujud pada masa sekarang).
English Melayu Catitan
You are guilty Awak (adalah) bersalah
You guilty (Salah)
You are clever Awak (adalah) pandai
You clever (Salah)
No, you are wrong Tidak, awak (adalah) salah
We are Malaysians Kami (adalah) orang Malaysia
They are the winner Mereka (adalah) pemenangnya
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'are' tidak boleh disenyapkan.
- 2. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'ialah/adalah/merupakan' biasanya disenyapkan.
Ringkasan
Perkataan Objek Masa
Am I Present tense
Is Singular Present tense
Are You, plural Present tense
....Tuition MUET, iELTS, SPM, PT3, IPT - Express 1 BULAN ! -> >> http://www.MyCambridge.blogspot.com
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.