Anda kena isi borang online di dalam website Exxonmobil dan hantar segala resume, cover latter dan sijil yg ada. Di dalam borang online tersebut, ada diminta mengisi segala butiran pengalaman kerja anda dalam bahasa inggeris. Jadi kemahiran menulis dalam bahasa inggeris adalah dimestikan.., kalau tak mahir menulis bahasa inggeris, mintak tolong pd yg mahir..,
Lepas hantar, tunggu panggilan telipon dari pihak HR exxonmobil dalam masa 2 minggu. Biasa dia akan tanya berapa tahun pengalaman kerja dan jawatan sekarang. Apabila anda terima panggilan telipon kali pertama…, bersedialah untuk menjawab dalam bahasa inggeris. Ceritakan jawatan anda sekarang dan tugas-tugas kerja anda. Kalau anda gelabah.. cuba siapkan script dari sekarang.
Kalau ada berjaya…, biasanya HR akan telipon lagi dan panggil untuk datang Interview , biasanya bulan 5. Tempat interview biasanya di Hotel 5 bintang kat KL. Tahun ni interview dekat Hotel Berjaya Times Square Resort. Tahun lepas kat Hotel Istana.
Basic requirement untuk bekerja di pelantar minyak adalah seperti berikut.
1. Berusia at least 18 tahun ke atas – biasanya lepasan SPM lah. Sementara nak tunggu result tu ok juga cari pengalaman. Masalahnya sukar juga nak dapatkan company yang nak recruit worker yang tidak pernah ada pengalaman bekerja ni. Paling mudah gi register kat INSTEP – Institut Teknologi Petronas. Lawat web dia kalau nak tahu lebih lanjut. Tak jauh pun, area Batu Rakit Kuala Terengganu jer. Alamat seperti di bawah ni:
Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP – Batu Rakit Campus)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
MALAYSIA
Tel: 609 – 669 6141
Fax: 609 – 669 6702
Email: instep@petronas.com.my
Kalau dah grad dari INSTEP, ada rezeki boleh bekerja dengan di Petronas ataupun Exxonmobil platform. Tapi kalau kena hantar kat onshore macam di Onshore Gas Terminal, Paka ka.. nasib lah.
2. Safety Passport – Conpulsory, wajib. Bagaimana nak dapatkan safety passport ni. … kalau di sebelah pantai timur ni, TSTC menawarkan berbagai course untuk workers. Ada berpuluh-puluh courses di sini tetapi yang wajib untuk bekerja di offshore :
- Basic sea survival course
- HUET – Helicopter underwater escape training
- Fire fighting
Untuk bekerja di sebelah platform Petronas, anda perlu ada 4 courses. Exxonmobil setakat ini mewajibkan 3 courses. So tanpa course ini anda tidak akan dapat passport, takde passport maaf anda tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun kalau anda seorang VIP, kalau takde anda maka kerja tak boleh buat, masih ada peluang untuk anda terlepas untuk sekali namun bergantung kepada keadaan.
Berapa ribu ringgit Malaysia? Untuk 4 courses ini ada perlu ada RMX,XXX.XX. Anda boleh contact TSTC atau layari website dia orang.
Terengganu Safety Training Center Sdn Bhd
3572, Jalan Panchur,
Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman
Tell : 09-8623300
Fax : 09-8623302
3. Physically fit – Macam aku terangkan di atas, hanya personnel yang fit sahaja yang boleh bekerja di sana, yang jenis lemah lembik dinasihatkan tak perlu memohon lah. Alasan aku, kita akan bekerja di sebuah tempat yang kotor, bahaya, cuaca yang tak menentu atau ringkasnya kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Everything nak cepat, kalau lambat panas lah telinga. Begitu juga dengan crew-crew otai yang dah lama bekerja di sana, ada yang hampir 30 tahun! So puak-puak otai ni ada yang kasar ada yang sebaliknya. Kalau dapat bekerja dengan satu team yang baik tu ok lah, kalau puak yang satu lagi tu, alamat nak kena demob je lah.
Demob – balik ke onshore, atau back to town.
4. Mentallity Fit – Kalau cepat terasa hati, suka menangis, cepat tersentuh atau apa saja peel yang sewaktu dengan kaum hawa tu sekali lagi dinasihatkan tak perlu apply lah. Sebab, sendiri mau ingat kita nak bekerja di pelantar minyak nun di tengah laut, bukannya di kedai salun rambut.
5. Medical check-up – Anda perlu jalani medical check-up terlebih dahulu, x-ray apa-apa yang patut. Jantung OK, paru-paru OK, mata OK dan semuanya OK. Kalau semua OK boleh jalan terus.
So ini lah serba sedikit BASIC requirement untuk bekerja di offshore.
#KelasBahasaInggeris #Online (#Dewasa & #Kanak-Kanak) RM69 shj!
Kelas Ekpress ( 3 jam sehari - habis dalam seminggu) ATAU Biasa (1 jam sehari - habis dalam 3 bulan)
*Pelajar tidak berasa malu jika ada kesalahan sebutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.