Setiap Mahasiswa Wajib Lulus MUET

Setiap mahasiswa di universiti tempatan wajib lulus Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya band 3, sebagai syarat untuk mereka menamatkan pengajian masing-masing. Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata bagaimanapun penetapan itu bergantung kepada kursus tertentu yang memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang lebih tinggi seperti kursus undang-undang.

rahsia lulus muet

“Kita (kementerian) memberi kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini untuk tentukan syarat kelulusan di IPT termasuk syarat kelulusan MUET,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengajian Tinggi di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Saifuddin, seorang pelajar boleh menduduki peperiksaan MUET sejak mereka menjejakkan kaki ke IPT dan berpeluang mengambilnya beberapa kali bagi memenuhi syarat lulus yang ditetapkan.

“Jadi, tidak ada masalah yang menyebabkan (mereka tidak memenuhi syarat lulus peperiksaan itu),” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata bukan menjadi kewajipan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk ‘play the ranking game’ tetapi pelbagai usaha sedang dilaksanakan sekurang-kurangnya untuk mencapai kedudukan terbaik dalam senarai universiti di dunia.

“Ada universiti memang betul-betul ambil bahagian dalam ranking seperti Universiti Malaya tetapi ada juga universiti penyelidikan yang tidak mengambil bahagian dalam ranking. Tetapi menggunakan pendekatan lain untuk meningkatkan taraf mereka,” katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian 21 Nov 2012
http://www.sinarharian.com.my/nasional/saifuddin-setiap-mahasiswa-wajib-lulus-muet-1.105855?localLinksEnabled=false

Diharap perkongsianini memberi manfaat buat anda .. :)

Kongsikannya di fb dan twitter jika ia bermanfaat ..



#KelasBahasaInggeris #Online (#Dewasa & #Kanak-Kanak) RM69 shj!



> Share ni - #Pahala!



Kursus yang boleh diikuti pada bila-bila masa (walaupun di tengah malam) di seluruh Malaysia 

Kelas
 Ekpress ( 3 jam sehari - habis dalam seminggu) ATAU  Biasa (1 jam sehari - habis dalam 3 bulan)

*Pelajar tidak berasa malu jika ada kesalahan sebutan.
*Tidak perlu bersusah payah datang ke pusat belajar.

INFO LANJUT >> http://MyCambridge.blogspot.my




Ingin menerima tips-tips berkaitan Belajar Bahasa Inggeris terus ke emel anda?
....Taip Emel dalam kotak dibawah & Klik Langgan:


Delivered by FeedBurner


KLIK ICON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH DAN SHARE INFO DI LAMAN INI BERSAMA  KENALAN ANDA.... Berkongsi Amalan Mulia ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.